Saturday, 8 October 2016

Got an Accident this morning. LOLs
AlKisahnya semalam dapat call dari Unit Fasiliti dan Majlis UiTM Shah Alam
Kena pergi Unit Majlis kat DATC tu untuk sign borang untuk tempahan khemah dan the other stuffs yang lain yang aku tempah untuk program Amanat Dekan dengan Pemantapan Destini Siswa tu.
Ingatkan nak pergi petang semalam terus before pukul 3.. 

Alamak, tak tahu lah pulak tempat tu kat mana sebab selama ni suruh Biro Tugas-Tugas Khas yang setelkan. Tapi sebab pinjam atas nama aku, aku kena pergi sign sendiri.
Pastu janji dengan Zahir nak pergi pagi ni alang-alang dia pun nak kena sign jugak pengesahan tu untuk event Majlis Anugerah Dekan.

So pagi ni gerak lah, aku pinjam motor Nisa follow Zahir dari belakang.
Pagi tu pulak hujan, jalan licin lagi lalu pulak kat jalan yang simpang siur tu.. haha sebelah dengan Pusat Islam.

Masa tengah jalan tu, aku dah terdetik dalam hati, "Eh, licin jalan ni, takleh bawak laju ni." 
Tak lama lepas tu, berapa second je,  sedar-sedar dah jatuh atas jalan. Aku ingat tangan aku auto tahan jalan. Nasib baik aku tak tahan body dari jatuh.
Zahir yang kat depan turun motor dia terus tolong aku.
Weh malu doh. Tak tipu.

Tapi sakit jugak. Belah kiri jatuh semua calar balar, seluar favourite aku pulak koyak. SIb baik pakai seluar, pakai sneakers. Maunya haritu aku pakai baju kurung dengan heels, lagi naya.
Masa jatuh tu rasa kepala bengang kejap sebab rasa macam terhantuk. Bengong kejap aku tapi sempat lagi "Camne doh Zahir, sakit gila ni." Sambil gelak terpaksa. Takkan nak nangis, even pun sakit. Malu lah aku...Haha.

Tengok tangan sebelah kiri dan koyak dah kulit, luka-luka. Sebab jatuh belah kiri kan.
Zahir suruh aku tanggal helmet pastu duduk. Tapi aku macam takleh pikir waras dah time tu
Aku tak tahu nak explain camne, sakit ada tapi malu pun ada. Pulak tu tetiba bas rapid yang penuh student kat dalam tu lalu. Aku perasan sorang budak pakai cermin mata dalam bas ni, muka terkejut takleh cover. Kah9. Time tu aku pakai helmet lagi, so tutup dengan viser.
Pastu adalah someone yang kebetulan ada kat situ, dia tolong bawakkan aku ke Pusat Kesihatan.
Nasib baik ada orang. Alhamdullillah.

Dalam kereta time on the way tu aku rasa cam nak pitam and nak muntah. Nampak tak nampak je view pastu kepala berat kemain. Orang tu mungkin dia nak aku sedar jadi dia asyik bercakap dengan aku tak nak bagi aku lelap. Sebab tadi aku tanya orang pun, lepas accident memang jangan bagi lelap atau pengsan. Tapi aku punya otak dah takleh brain apa dah time tu. Dalam hati "annoying nye mamat ni. Aku dah penat sangat rasa nak tidur je time tu." Haha. Serius, tu je. Aku rasa nak tutup terus je mata.

Kena masuk ER, sebab nak scan kot ada efek mana-mana kat kepala aku.
Dalam ER baru aku tahu, siku, tapak tangan, lutut semua luka, Tapi kat tapak tangan lah paling teruk kot sebab sampai terkoyak kulit semua. Dah la aku sejenis yang takut darah tapi kena control macho sebab takkan nak nangis depan orang. Nurse tu check kot-kot ada luka dalam, pastu bersihkan luka pastu suruh aku rest sebab time tu aku berat lagi kepala. Kena injek sekali (ni lah paling aku tak gemar, manusia takut jarum lah katakan). Pastu kena lah pergi kat satu bilik ni baring, rehat. Zahir ada tunggu kat luar lepas aku keluar ER tu, abang yang hantar aku tadi dah takde, dah balik. Tak sempat pun tanya nama ucap terima kasih ke. Hmm, terima kasih random stranger sebab tolong saya.

Aku ingat cam lama, suruh la Zahir balik dulu. Tapi, dalam setengah jam je aku rehat situ, rasa tak sedap sebab kerja tak settle lagi, aku tak pergi sign lagi borang tu kat unit majlis. Call Zahir suruh amik aku, nak pergi naik bas kang, malu seluar koyak plus memang tak bawak duit satu sen pun sebab ingat tadi nak keluar kejap je. Zahir tak angkat fon, aku call ke Bilik Gerakan, Bob yang jawab. Haha, pastu dia tak bagitahu aku nak datang, terus datang dengan Fiqah. At the same time jugak Zahir pun OTW jugak. LOLs. Lepas Bob dengan Fiqah sampai, Zahir pun sampai. Aku rasa bersalah pun ada sebab Fiqah dengan Bob datang. Tapi aku gerak dengan Zahir sebab nak dia hantar aku terus ke Unit Fasiliti nak sign dulu, nak settle haritu jugak. Dengan berdarah luka nya aku, dia bawak lah aku pergi sana. Aku lagi lega kerja dah settle. Aku siap kena bebel lagi dengan Zahir dalam kereta. Alah bukan salah aku jalan tu licin.  Pastu dah siap. pergi bilik gerakan terus. 

Haritu MC untuk kelas Ethic. Member aku pun bimbang weh lepas tahu aku accident tu. Terharu pulak rasa. Huks. Dorang siap datang Bilik Gerakan tengok aku. Aku tak pergi pun kelas, tapi tunggu dorang habis kelas sebab nak balik sekali. Serius cakap, masa aku duk kat Pusat Kesihatan tu sorang-sorang. Sayu jugak. Bila dah jumpa dorang-dorang ni hilang sakit sebab gelak je. Baru aku perasan muka aku pun calar sikit lepas dorang tegur. Cis, tak flawless dahla.. Wahahahah... Bebudak ni duk tanya apasal aku botox sebelah pipi je. LOLs. Petang tu dah makin membiru. Aku rasa bengkak tapi sebab tak tengok cermin, tak expect lah teruk camni.

Whatsapp Ida dengan Izzah. Ida aku hantar gambar dia reply bimbang sangat, menyesal bagitahu. Izzah pulak, aku hantar gambar luka kat pipi tu dia reply "Licinnya muka mu Kakti." lain aku nak tunjuk, lain yang dia nampak. Haha. Tapi both of them suruh aku jaga diri leklok and fast recovery. Aku dah assured aku OK. siap boleh gelak lagi. Tapi aku tak bagitahu pun ummi dengan abah. Mau nya dorang risau, dah la jauh. Nanti-nanti lah aku bagitahu, bila dah sembuh bebetul.

Member aku pulak sweet gilos. Siap tolong sapu ubat, bandage kan lagi. Thanks Nad, Timmy, Mah, Tasha. Farah dan Jannah. Waktu sapu ubat kat tempat luka tu, pedih gila weh. Nak menjerit. Kemain aku cover taknak nangis tapi keluar jugak air mata sebab pedih gila wa cakap lu... Hahah. Haa lupa nak citer, once Jannah dapat tahu aku accident tu, aku kena bebel jugak dengan dia. Hahaha. Haish, orang sakit pun kena bebel. Hahahahha. Aku nak join kelas Zumba Nadya petang tu pun Nad tak bagi hhahahahahah... Takpe, nanti aku dah sihat, aku joget puas-puas.


Terharu jugak ramai yang cakna. Even though kecik bagi orang lain tapi aku tetap terharu. Sungguh. Thanks korang yang wish for me to get well soon tu. Nak sebut sorang-sorang takut ada terlepas pandang pulak nanti. Hahaha.  Thank you....

Ni malam ni, dah start rasa lenguh-lenguh badan. Ingat macam nak skip kelas FYP esok (sebab kerja tak siap lagi. Haha.) tapi tengok lah dulu camne. Hohohoho


No comments:

Post a Comment

This Blog is Owned by Izzati Farhah Aziz - Est. 2011©