Wednesday, 26 October 2016

Study Sorok-Sorok

Just wanna state some unpopular opinion here.
Feels like the need to.
LOL

Have you ever heard somebody said or at least tweeting
"Tak study tapi dapat score dalam exam."
Then... The person who said that easily concludes --
"Nak study pun sorok-sorok ke."
"Study pun tak nak bagitahu."

Even more when they ask their friend
"Eh, kau dah study ke belum?"
And then, their friend answer --
"No."
They'll be like sentap tak tentu hala and then update tweet like I mentioned earlier.
"Nak study pun sorok-sorok ke."
"Study pun tak nak bagitahu."
Honestly for me,
These kind of peoples really need to grow up
Or at least, janganlah be narrow-minded sangat please~~

Just because dia tak study tak semestinya dia tak boleh score.
You really need to open your eyes and hidup sikit.
Ni, asyik-asyik terperuk dalam rumah, tu lah jadi narrow-minded macam tu.
LOL so hard at this.

Ada orang was gifted.
Baca sekali, dah masuk
Dengar sikit, dah boleh hadam.
Tak study, tapi sebab fokus dalam kelas, tu boleh score exam.
Kau penat study, dia layan citer korea tapi dia score lagi tinggi dari kau
Sebab jealous dan hasad dengki dan busuk hati, terus kau assume dia study sorok-sorok daripada pandangan kau.
Eh, dah jadi budak uni pun nak otak sempit lagi?

Once kau buat camtu, orang tak judge kawan kau yang kau tuduh 'study sorok-sorok' tu
Orang tuduh kau, KUAT DENGKI
well, takdelah tuduh, since that was a fact

Yelah, kalau kau tak dengki, kisah pulak kan dia dapat score tinggi ke ape ke
Kisah pulak kau dia nak study sorok-sorok time kau tengah tebongkang kat katil kan?
Mesti kau tak kisah kan?
Bukan effect markah kau pun dia study sorok-sorok tu.
Takdanya markah kau sikit sebab dia study sorok-sorok.
Eh tak bijak nya lah.
Ni takde sebab lain lah ni, DENGKI sangat dengan kelebihan orang. Ish Ish Ish.
Sibuk sangat pasal perihal orang.

Kat uni mana ada siapa dapat nombor 1 dalam kelas,
Mana ada ranking.
Ada pun ranking overall.
Compete dengan the whole uni.
Kau study untuk diri kau kan, masa depan kau kan?
It's every man for themselves.
Kejadah sangat lah kau nak sangat amik kisah pasal performance orang lain tu?
Lain lah kalau nak buat bench-mark
Tapi ingat lah, ability setiap orang lain-lain
Ada orang ditakdirkan tak perlu usaha lebih untuk berjaya
Tapi ada orang perlu...
Mana yang kekurangan tu adalah kelebihan kat tempat lain
Dah-dah lah tu dengki dengan orang

Dah kau kebolehan lain,
Use your strength wisely
Itu jauh lagi bagus dari spend time cari masalah orang
Dah tu, tak improve-improve jugak

And last but not least,
Jangan assume dan please bukak minda sikit
Boleh? 



Sunday, 23 October 2016

Apa hal sebenarnya dengan nasib aku ni.
Luka kat kaki yang accident haritu tak sempat pun kering lagi.
Dah ada yang lain.
Tadi lepas majlis penutupan Sukan Antara Fakulti (SAF) kitorang balik Bilik Gerakan Sekretariat dulu.
Time tu dah pukul 12 lebih.

Since aku kena pegang sepanduk, tadi aku pakai wedges masa event, tapi aku bawak sneakers as back up. Gila lah nak pakai wedges berejam.
Before tu aku bagi sneakers tu kat runner.
Ye laa camne nak simpan sendiri kan.

Bila aku dah tukar tu, masa turun kereta tak rasa pape lagi tau.
Sikit lgi nak sampai Bilik Gerakan rasa menusuk kat tapak kaki.
Aku nak try keluarkan kaki dari kasut tak boleh. Sakit sia
Macam melekat situ.

Dah la kasut tu memang fit-fit je dengan kaki aku, tak longgar langsung.
Aku assume ada kerongsang kot yang jatuh.

Aku boleh terima kalau kerongsang, sebab jarum dia pendek kalau masuk dalam kaki pun.
Time tu ada Fiqah, Nisa and Aini.

Aku dah terduduk dah ni sebab sakit gila kot.
Pastu sebab takleh keluarkan kaki tu aku suruh je dorang ni gunting tali kasut sebab nak keluarkan kaki.

Still tak boleh jugak, macam melekat doh.
Aku suruh dorang gunting kasut tu pulak.
Dah la kasut tu aku sayang gila, tak sampai sebulan pun lagi pakai. Huhuuu
Dah gunting tepi kasut tu sikit, barulah aku boleh longgarkan, check-check rupanya apa kau tahu?

Safety Pin!!

Pergh
Dia jadi melekat kat kaki aku tu sebab dia melekat kat tapak kasut sekali and dalam horizontal position, sebab tu kaki aku takleh tarik  tu. Habis pulak tu jarum dia tusuk tapak kaki aku.
Sape doh simpan safety pin merata, menyusahkan orang je.

Tapak kaki tak berdarah sebab tapak kaki keras sikit kan kulit dia
Tapi bisa tu, boleh buat aku nak jerit.
Elok sangat lah tu kalau aku jerit-jerit tengah malam buta kat fakulti tu kan..
Masa tengah taip ni pun, sakit bisa tu. Pergh, Tuhan je tahu.
Geram pulak aku,

My favourite firus Nike Sneakers. R.I.P

Saturday, 8 October 2016

Got an Accident this morning. LOLs
AlKisahnya semalam dapat call dari Unit Fasiliti dan Majlis UiTM Shah Alam
Kena pergi Unit Majlis kat DATC tu untuk sign borang untuk tempahan khemah dan the other stuffs yang lain yang aku tempah untuk program Amanat Dekan dengan Pemantapan Destini Siswa tu.
Ingatkan nak pergi petang semalam terus before pukul 3.. 

Alamak, tak tahu lah pulak tempat tu kat mana sebab selama ni suruh Biro Tugas-Tugas Khas yang setelkan. Tapi sebab pinjam atas nama aku, aku kena pergi sign sendiri.
Pastu janji dengan Zahir nak pergi pagi ni alang-alang dia pun nak kena sign jugak pengesahan tu untuk event Majlis Anugerah Dekan.

So pagi ni gerak lah, aku pinjam motor Nisa follow Zahir dari belakang.
Pagi tu pulak hujan, jalan licin lagi lalu pulak kat jalan yang simpang siur tu.. haha sebelah dengan Pusat Islam.

Masa tengah jalan tu, aku dah terdetik dalam hati, "Eh, licin jalan ni, takleh bawak laju ni." 
Tak lama lepas tu, berapa second je,  sedar-sedar dah jatuh atas jalan. Aku ingat tangan aku auto tahan jalan. Nasib baik aku tak tahan body dari jatuh.
Zahir yang kat depan turun motor dia terus tolong aku.
Weh malu doh. Tak tipu.

Tapi sakit jugak. Belah kiri jatuh semua calar balar, seluar favourite aku pulak koyak. SIb baik pakai seluar, pakai sneakers. Maunya haritu aku pakai baju kurung dengan heels, lagi naya.
Masa jatuh tu rasa kepala bengang kejap sebab rasa macam terhantuk. Bengong kejap aku tapi sempat lagi "Camne doh Zahir, sakit gila ni." Sambil gelak terpaksa. Takkan nak nangis, even pun sakit. Malu lah aku...Haha.

Tengok tangan sebelah kiri dan koyak dah kulit, luka-luka. Sebab jatuh belah kiri kan.
Zahir suruh aku tanggal helmet pastu duduk. Tapi aku macam takleh pikir waras dah time tu
Aku tak tahu nak explain camne, sakit ada tapi malu pun ada. Pulak tu tetiba bas rapid yang penuh student kat dalam tu lalu. Aku perasan sorang budak pakai cermin mata dalam bas ni, muka terkejut takleh cover. Kah9. Time tu aku pakai helmet lagi, so tutup dengan viser.
Pastu adalah someone yang kebetulan ada kat situ, dia tolong bawakkan aku ke Pusat Kesihatan.
Nasib baik ada orang. Alhamdullillah.

Dalam kereta time on the way tu aku rasa cam nak pitam and nak muntah. Nampak tak nampak je view pastu kepala berat kemain. Orang tu mungkin dia nak aku sedar jadi dia asyik bercakap dengan aku tak nak bagi aku lelap. Sebab tadi aku tanya orang pun, lepas accident memang jangan bagi lelap atau pengsan. Tapi aku punya otak dah takleh brain apa dah time tu. Dalam hati "annoying nye mamat ni. Aku dah penat sangat rasa nak tidur je time tu." Haha. Serius, tu je. Aku rasa nak tutup terus je mata.

Kena masuk ER, sebab nak scan kot ada efek mana-mana kat kepala aku.
Dalam ER baru aku tahu, siku, tapak tangan, lutut semua luka, Tapi kat tapak tangan lah paling teruk kot sebab sampai terkoyak kulit semua. Dah la aku sejenis yang takut darah tapi kena control macho sebab takkan nak nangis depan orang. Nurse tu check kot-kot ada luka dalam, pastu bersihkan luka pastu suruh aku rest sebab time tu aku berat lagi kepala. Kena injek sekali (ni lah paling aku tak gemar, manusia takut jarum lah katakan). Pastu kena lah pergi kat satu bilik ni baring, rehat. Zahir ada tunggu kat luar lepas aku keluar ER tu, abang yang hantar aku tadi dah takde, dah balik. Tak sempat pun tanya nama ucap terima kasih ke. Hmm, terima kasih random stranger sebab tolong saya.

Aku ingat cam lama, suruh la Zahir balik dulu. Tapi, dalam setengah jam je aku rehat situ, rasa tak sedap sebab kerja tak settle lagi, aku tak pergi sign lagi borang tu kat unit majlis. Call Zahir suruh amik aku, nak pergi naik bas kang, malu seluar koyak plus memang tak bawak duit satu sen pun sebab ingat tadi nak keluar kejap je. Zahir tak angkat fon, aku call ke Bilik Gerakan, Bob yang jawab. Haha, pastu dia tak bagitahu aku nak datang, terus datang dengan Fiqah. At the same time jugak Zahir pun OTW jugak. LOLs. Lepas Bob dengan Fiqah sampai, Zahir pun sampai. Aku rasa bersalah pun ada sebab Fiqah dengan Bob datang. Tapi aku gerak dengan Zahir sebab nak dia hantar aku terus ke Unit Fasiliti nak sign dulu, nak settle haritu jugak. Dengan berdarah luka nya aku, dia bawak lah aku pergi sana. Aku lagi lega kerja dah settle. Aku siap kena bebel lagi dengan Zahir dalam kereta. Alah bukan salah aku jalan tu licin.  Pastu dah siap. pergi bilik gerakan terus. 

Haritu MC untuk kelas Ethic. Member aku pun bimbang weh lepas tahu aku accident tu. Terharu pulak rasa. Huks. Dorang siap datang Bilik Gerakan tengok aku. Aku tak pergi pun kelas, tapi tunggu dorang habis kelas sebab nak balik sekali. Serius cakap, masa aku duk kat Pusat Kesihatan tu sorang-sorang. Sayu jugak. Bila dah jumpa dorang-dorang ni hilang sakit sebab gelak je. Baru aku perasan muka aku pun calar sikit lepas dorang tegur. Cis, tak flawless dahla.. Wahahahah... Bebudak ni duk tanya apasal aku botox sebelah pipi je. LOLs. Petang tu dah makin membiru. Aku rasa bengkak tapi sebab tak tengok cermin, tak expect lah teruk camni.

Whatsapp Ida dengan Izzah. Ida aku hantar gambar dia reply bimbang sangat, menyesal bagitahu. Izzah pulak, aku hantar gambar luka kat pipi tu dia reply "Licinnya muka mu Kakti." lain aku nak tunjuk, lain yang dia nampak. Haha. Tapi both of them suruh aku jaga diri leklok and fast recovery. Aku dah assured aku OK. siap boleh gelak lagi. Tapi aku tak bagitahu pun ummi dengan abah. Mau nya dorang risau, dah la jauh. Nanti-nanti lah aku bagitahu, bila dah sembuh bebetul.

Member aku pulak sweet gilos. Siap tolong sapu ubat, bandage kan lagi. Thanks Nad, Timmy, Mah, Tasha. Farah dan Jannah. Waktu sapu ubat kat tempat luka tu, pedih gila weh. Nak menjerit. Kemain aku cover taknak nangis tapi keluar jugak air mata sebab pedih gila wa cakap lu... Hahah. Haa lupa nak citer, once Jannah dapat tahu aku accident tu, aku kena bebel jugak dengan dia. Hahaha. Haish, orang sakit pun kena bebel. Hahahahha. Aku nak join kelas Zumba Nadya petang tu pun Nad tak bagi hhahahahahah... Takpe, nanti aku dah sihat, aku joget puas-puas.


Terharu jugak ramai yang cakna. Even though kecik bagi orang lain tapi aku tetap terharu. Sungguh. Thanks korang yang wish for me to get well soon tu. Nak sebut sorang-sorang takut ada terlepas pandang pulak nanti. Hahaha.  Thank you....

Ni malam ni, dah start rasa lenguh-lenguh badan. Ingat macam nak skip kelas FYP esok (sebab kerja tak siap lagi. Haha.) tapi tengok lah dulu camne. Hohohoho


This Blog is Owned by Izzati Farhah Aziz - Est. 2011©