Thursday, 20 August 2015

One Year Catch Up

Views

Pergh! Lama gila tak update dekat setahun jugak.
Blog ni memula je rasa semangat nak menaip apa semua.
Tapi bagi seorang aku... dah lama-lama tu nak login akaun pun malas.

Btw, takda apa-apa yang menarik pun pasal hidup aku selama aku men'hiatus'kan diri dari dunia blog ni.
Still macam biasa... Hidup aku
Bezanya cuma makin banyak masalah yang makin timbul.
Sebab makin dewasa mungkin.

Dalam tempoh ni.
Tempoh aku tak update blog ni...
Aku dah habiskan satu sem praktikal for diploma.
I'm officially a graduate in Diploma of Computer Science now.
Happy ke? Tak jugak. Biasa-biasa je.
Sebab perjalanan hidup still panjang kat depan.

Praktikal aku sumpah aku cakap sangat BEST.
Member-member satu praktikal jugak sangat happening dan memang masuk dengan kepala aku.
Kat sana akulah paling muda tapi tak panggil diorang kakak pun (my fellow practical members) sebab diorang pun kiut-miut sama macam aku. Lagi childish dari aku pun ada. Hahaha
Kiranya tak ada istilah tension lah time praktikal tu macam yang orang duk cerita sangat before aku masuk dulu.
At least for department aku time tu. IT Department.
Praktikal untuk 5 bulan tu (1 Semester) siap lah jugak my very own system. Lengkap. Dah digunakan dalam Sistem Institusi tu dah pun di seluruh Terengganu. But since tempat praktikal ni under kerajaan negeri so aku tak dapat royalti. Kalau dapat mahu beribu jugak tu. Tapi tak apalah... Asalkan dapat pengalaman. Yeah betul. 
Adalah banyak lagi benda-benda menarik jadi time praktikal.
Corruption semua biasa dalam institusi tapi malas lah nak cerita pasal tu semua kan.

Sekarang ni sebenarnya aku dah pun habiskan satu semester as an IT student (Bachelor Degree).
Selesai sem 3 sebab aku masuk as student penerapan diploma.
Dulu sebenarnya aku nak further Degree aku dalam Multimedia but then bila fikir masak-masak aku rasa macam tak nak lah ambik Multimedia. 
Memang Multimedia tu menarik dan semua and cita-cita aku memang dalam bidang tu pun tapi apa yang aku nak sangat belajar untuk Multimedia (macam animation and pakai software) tu boleh dapat dalam Internet (No offense guys!) . Jadi aku rasa baik aku cari something yang lain sebab benda-benda course yang ada dalam programme tu pun aku tak minat sangat yang lain,
Plus time tu aku dah jatuh cinta sangat dengan System Development (hahaha sejak-sejak sistem online yang aku buat tu dah boleh diguna pakai) so aku rasa nak mintak ISE (Information System Engineering) aku tak layak aku try la IT. 
Silap betul aku.. sepatutnya aku tak letak IT first choice haritu. Satu sem aku belajar. Tak ada pun lagi buat sistem development. Aku nak belajar pakai ASP semua tu sebenarnya. Hmm... Tapi aku consult dengan senior-senior semua dia cakap IT OK sebab dia paling general so nanti mana-mana boleh pergi tapi tu lah aku tengah azam nak study lah ni.
Clichenya azam dari dulu sampai sekarang tak jugak study-study haha..

Dah la sekarang aku join Persatuan Pelajar as a Multimedia Exco. 
See..
Even though aku tak ambik IT... Aku tetap tak akan tinggalkan minat aku yang satu ni.
Multimedia tetap kat hati aku. hahah

Dulu padahalnya dah berapa lama aku berhenti join persatuan sebab aku ada masalah trust issue dengan orang-orang atasan dan berjawatan.
Form 4. Itu last. Sebab time tu lah the said 'orang-orang berjawatan' ni betray me dan hilangkan kepercayaan aku kat diaorang semua.
Kenapa aku join Persatuan Pelajar... aku pun tak sure.
Tapi aku rasa aku tergoda dengan title Exco Multimedia... Haha to je kot
Banyak lagi kena belajar.
Kalau dah minat sayang bila tak dipergunakan minat tu kan. Apa aku cakap ni LOL
hahaha
That's why la.

Banyak pula aku taip kali ni.
Mentang-mentang hiatus setahun.
LEL...

Kbai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
THIS BLOG IS 100% OWNED BY: NUR IZZATI FARHAH BT AZIZ©